Showing posts with label Asian Wave Shanghai. Show all posts
Showing posts with label Asian Wave Shanghai. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

Tahun 2012, Tahun Shila.


Fotografi majalah Eh! edisi Januari 2013.

Tahun 2012, tahun Shila Amzah. Tidak salah untuk saya berkata begitu. Jika diperhatikan, tahun 2012 telah menjadi tahun yang amat bermakna buat pemilik nama Nur Shahila Amir Amzah yang berusia 22 tahun ini. Telah banyak kejayaan yang telah beliau perolehi sepanjang tahun ini. Turut tidak ketinggalan, penghijrahan Shila.

Pada 6 Ogos 2012, beliau telah memuat-naik satu gambar beserta dengan kapsyen, " The new me:) ". Pada mulanya, beliau hanya memakai tudung dengan niat mencuba. Namun, dengan kuasa yang Maha Esa, akhirnya beliau bertekad untuk berhijrah. Berkat Ramadan.


" The new me:) "

Pada bulan September yang lalu pula, beliau telah mewakili Malaysia untuk sebuah rancangan realiti tv terbitan China, Asian Wave di Shanghai.


Beliau telah berjaya melepasi pusingan pertama dengan jayanya dan dengan ini, sekaligus beliau telah berjaya membawa dirinya ke peringkat akhir. Berkat doa beserta dengan sokongan padu rakyat Malaysia terutamanya peminat-peminat tegar beliau sendiri, akhirnya beliau berjaya menjadi juara di pentas akhir Asian Wave! Ini bermakna, beliau telah berjaya mengalahkan peserta-peserta lain dari negara seperti Thailand, Korea Selatan, Singapura, India dan China sendiri. Beliau turut membawa pulang ganjaran sebanyak lebih dari RM1 juta! Sungguh membanggakan!

 

Bersama trofi Asian Wave.


Ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Shanghai.

Kemudian, selepas pulang ke Malaysia, pada bulan November, beliau telah tercalon untuk kategori 'Persembahan Vokal Wanita Terbaik', 'Lagu Terbaik' (Patah Seribu) dan 'Lagu Pop Terbaik' (Patah Seribu) di Anugerah Industri Muzik ke-19.


Gembira.. bersama trofi-trofi AIM 19.

Beliau telah berjaya memenangi dua kategori. Kategori 'Lagu Terbaik' (Patah Seribu) dan 'Lagu Pop Terbaik' (Patah Seribu). Tidak lama selepas AIM 19, beliau tercalon pula dalam dua kategori untuk Anugerah Shout!. Dua kategori tersebut adalah kategori 'Power Vocal Award' dan 'Music Video Award' (Deja Vu).


Penat.. tetapi tetap memberi senyuman.

Seperti yang dijangka, beliau berjaya membawa pulang kategori 'Power Vocal Award'. Ini merupakan pencalonan dan kemenangan pertama buat beliau di Shout! Awards sepanjang kariernya. 

Selain dari itu, pada 15 Disember yang lepas pula, beliau telah ke kota Singa, Singapura bagi menghadiri malam kemuncak Anugerah Planet Muzik 2012. Dari empat pencalonan, beliau telah berjaya membawa pulang trofi bagi kategori  'Best Female Artist'. 


Bersama kekasih hati, Sharnaaz Ahmad ketika di red carpet APM 2012.

Selain anugerah-anugerah tersebut, beliau juga telah berjaya tercalon dalam sebuah anugerah antarabangsa, World Music Awards menerusi dua kategori iaitu 'World's Best Female Artiste' dan 'Entertainer of the Year'. Antara nama-nama besar lain yang turut tercalon dalam kategori yang sama adalah seperti Taylor Swift, Adele, Rihanna dan Selena Gomez. Ini sekaligus telah mengangkat nama negara ke persada antarabangsa. Sangat membanggakan!

World Music Awards yang sepatutnya diadakan pada 22 Disember yang lepas terpaksa ditunda tarikhnya ke tahun hadapan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pada 29 Disember pula, beliau telah muncul dengan sebuah konsert solo pertama beliau. Konsert amal yang telah dianjurkan oleh Vida Beauty ini khas diadakan bagi membantu saudara kita yang tertindas di bumi Gaza.


Suka beramal..

Pada Januari 2013 pula, beliau bakal berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-27. Beliau berjaya melayakkan diri ke pentas AJL 27 setelah lagu 'Patah Seribu' berjaya dipertaruhkan ketika beliau bersaing di pentas separuh akhir Muzik-Muzik  pada November yang lepas.


Ketika di malam separuh akhir Muzik-muzik ke-27.

Kesimpulannya, tahun 2012 sememangnya merupakan tahun Shila. Selepas penghijrahan beliau pada bulan Julai yang lalu, banyak rezeki yang dilimpahkan oleh-Nya kepada beliau. Beliau telah membuktikan bahawa tidak semestinya jika seseorang itu telah berhijrah, rezekinya akan berkurang. Buktinya, rezeki beliau bukannya berkurangan, tapi bertambah-tambah! Alhamdulillah, semua itu rezeki beliau.  Apa yang kita perlu lakukan sekarang ialah sentiasa mendoakan kejayaan beliau. Semoga rezeki yang beliau peroleh pada hari ini berpanjangan. Kita kan Shilalas TEGAR! Xo


Gambar: Google, zaizaiSFC





Sunday, September 23, 2012

Shila Amzah Membawa Pulang Ganjaran Lebih RM1 Juta!

"Tahniah Shila!"

Wah, inilah yang dinamakan tuah! Selain telah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai pada 20 September yang lalu, Shila Amzah, 22, turut membawa pulang ganjaran sebanyak lebih dari RM1 juta!

Berkenaan dengan ganjaran tersebut, Shila yang dihubungi pihak murai.com.my menjelaskan, wang dana berkenaan merangkumi rakaman album, konsert, promosi dan lain-lain yang berkaitan dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi di China.

Kata Shila, "Sejujurnya, Shila tidak terfikir tentang hadiah. Shila hanya mahu mengharumkan nama negara dan menyertai pertandingan ini. Shila pun mahu berjumpa dengan kenalan baru. Setahu Shila, Shila akan menerima sejumlah wang dana yang masih belum diketahui jumlahya."


Menurut Shila juga, beliau ada diberitahu oleh pihak penganjur bahawa hadiah itu bernilai lebih satu juta ringgit. Hanya pada 22 September, Shila akan mengetahui hadiah sebenar kerana Shila akan berbincang dengan pihak penganjur.

Shila yang dilapor bakal pulang ke Malaysia pada 26 September ini menyatakan yang beliau tidak menyangka peminatnya di China amat menghargai dirinya walaupun baru pertama kali mengenalinya. Kata Shila lagi, setakat waktu ini, bermacam-macam tawaran diperoleh Shila di China. Malah, segala tawaran ini sudah pun diterima sebelum Shila diumumkan sebagai juara lagi.

Kata Shila, beliau juga turut berasa bersyukur apabila beliau lebih dikenali kerana imej berhijabnya. Semua pihak melayan dan menerima beliau dengan baik sepanjang keberadaan beliau di China.

Shila, yang bakal menyertai sebuah konsert yang dijadualkan berlangsung pada 24 September memberitahu banyak perkara baru yang telah dipelajarinya sepanjang pertandingan. Kata Shila, seorang juri daripada India berkata, bahawa dia mahu Shila ke peringkat antarabangsa. Malah, dia sendiri ada menjemput Shila untuk menynyi di India. Selain itu, seorang lagi juri iaitu Eric Moo juga telah menempah Shila untuk menynyi bersamanya di konsert solonya yang bakal berlangsung pada November dan Disember akan datang. Terus-terang, Shila memberitahu yang beliau berasa amat gembira. "Disebabkan semua tawaran, Shila akan mengambil kelas bahasa Mandarin. Selepas ini pun, Shila akan kerap berulang-alik ke China." katanya.

Amboi, semakin mencurah-curah rezeki Shila. Ramai yang berpendapat, inilah yang dinamakan rezeki berhijab. Ikutlah pendapat masing-masing. Tuhan itu kan Maha Kaya. Mari kita semua bersama-sama mendoakan kejayaan Shila. Semoga Shila diberkati selalu! Xo

#TahniahShilaAmzah #Shilalas

"Chaiyok, Shila!"


Sumber: Murai


Saturday, September 22, 2012

[VIDEO] Gabungan Kelima-lima Persembahan Shila Amzah di Asian Wave! Dalam HD!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Saya cuma nak kongsi satu video persembahan Shila Amzah  sewaktu di Asian Wave. The best part is, kelima-lima persembahan kak Sha telah digabung menjadi satu video! Dalam definisi tinggi (HD) pulak tu. Thanks to atagames38 for making this wonderful video! Lebih enjoy lah tengok kan? Hehe. 

So yeah, enjoy! Xoxo

#TahniahShilaAmzah #Shilalas

Friday, September 21, 2012

Shila Amzah Merangkul Gelaran Juara Di Asian Wave Akhir!

"Tangisan Kegembiraan"

20 SEPTEMBER 2012, SHANGHAI. Satu berita yang amat menggembirakan. Nur Shahila Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah 22, telah mengharumkan nama negara dengan berjaya merangkul gelaran juara pada pusingan akhir pertandingan Asian Wave semalam! Acara yang telah diadakan di Shanghai itu telah menyaksikan pertembungan diantara Shila yang mewakili negara Malaysia dengan peserta-peserta lain dari negara seperti China, Korea Selatan, India, Thailand, and Singapura.

Pada pusingan pertama, Shila telah mempersembahkan lagu 'Gemilang' nyanyian asal, Jaclyn Victor. Shila telah memenangi pusingan tersebut dengan markah 5-0. Pada pusingan kedua pula, sebuah lagu nyanyian asal, Bruno Mars yang bertajuk 'Grenade' menjadi pilihan Shila. Shila turut memenangi pusingan tersebut dengan markah 5-2. Pada pusingan ketiga yang merupakan pusingan penentuan, Shila telah menyanyikan sebuah lagu berbahasa Cina yang bertajuk 'Zheng Fu' nyanyian asal Ying Na.

Selepas selesainya semua persembahan, masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Pengumuman siapakah juara Asian Wave. Keputusan sudah pun tersedia. Pihak juri dengan sebulat suara telah memilih Shila Amzah sebagai juara Asian Wave! Satu keputusan yang amat menggembirakan buat rakyat Malaysia dan juga buat  semua Shilalas. Shila Amzah sememangnya telah mengharumkan nama negara Malaysia!

Tahniah Shila Amzah! Xo  #SHILALAS


Saksikan persembahan penentuan Shila di bawah!


Saksikan persembahan pertama Shila di SINI.
Saksikan persembahan kedua Shila di SINI.

Wednesday, September 5, 2012

Asian Wave Competition: Shila Amzah Mara Ke Peringkat Final!



Alhamdulillah! Shila Amzah berjaya dan bakal berentap dalam pusingan akhir Asian Wave Competition, Shanghai! Menurut pihak realSHILALAS, Shila dapat memasuki peringkat akhir setelah melalui dua pusingan dimana Shila telah berentap dengan wakil dari Singapura pada pusingan pertama dan wakil dari Jepun pada pusingan kedua.

 Pada pusingan pertama, lagu " Set Fire to the Rain " nyanyian asal Adele menjadi taruhan Shila. Manakala pada pusingan kedua, Shila telah memilih lagu " Forever Love " nyanyian asal, Wang Lee Hom sebagai taruhan keduanya. Sedikit fakta mengenai lagu ini - lagu " Forever Love " ini sebenarnya merupakan antara lagu kegemaran Shila sendiri! 

Setelah berusaha melakukan persembahan yang terbaik, Shila diumumkan sebagai pemenang bagi kedua-dua pusingan! Dengan ini, Shila layak menjejakkan kaki ke pusingan akhir! Pusingan akhir dijadual akan berlangsung pada 20 September, 2012 di Shanghai.

Menurut pihak realSHILALAS juga, saingan terdekat adalah dari kontinjen China dan Jepun. Kontinjen dari negara lain juga hebat-hebat belaka. Sedikit informasi tentang pertandingan ini. Juri Asian Wave Competition ini terdiri daripada penggiat seni / muzik dari serata Asia. Ada yang dari India, China, Hong Kong, Taiwan dan juga dari Malaysia. Alan Tam telah diberi mandat selaku ketua juri.. Selain itu, untuk pengetahuan semua, pertandingan ini disertai oleh penyanyi-penyanyi yang popular dari negara seperti India, China, Jepun, Korea, Thailand, Malaysia dan juga Singapura. Peserta harus melalui sekurang-kurangnya dua pusingan sebelum berjaya ke peringkat akhir.

Jadi, marilah kita bersama-sama mendoakan agar Shila Amzah dapat membawa pulang kemenangan buat negara kita, Malaysia! Shilalas sentiasa menyokong mu! :D

Shila Amzah Boleh! Malaysia Boleh!

Shila bersama dengan peserta-peserta lain dari negara Thailand dan India.

Semoga berjaya di peringkat final!




***Terima kasih kepada pihak realSHILALAS.
**Gambar dari realSHILALAS.