Showing posts with label Kemenangan. Show all posts
Showing posts with label Kemenangan. Show all posts

Saturday, November 24, 2012

Shila Amzah Meraih Anugerah Pertama Di Shout! Awards.


Pada 23 November 2012, iaitu pada semalam, telah berlangsungnya Anugerah Shout! yang ketiga. Bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon, Anugerah Shout! kali ini telah menyaksikan 17 pencalonan umum (boleh diundi) dan satu anugerah kemuncak yang ditentukan sepenuhnya oleh juri profesional. Antara pemenang pada malam tersebut adalah Yuna, Bunkface, Nora Danish, Aaron Aziz, program Showdown 2012, Hunny Madu, Zizan Razak dan Matluthfi90. Anugerah kemuncak (The Ultimate Shout! Award) pula dimenangi oleh kumpulan KRU


Tidak ketinggalan, penyanyi yang berusia 22 tahun, Shila Amzah. Shila telah dicalonkan dalam dua kategori iaitu kategori Power Vocal Award (Anugerah Vokal Terbaik) dan Music Video Award (Anugerah Video Muzik) untuk video muzik, 'Dejavu'.


Bersama trofi Shout! Awards.

Pada malam tersebut, Music Video Award (Anugerah Muzik Video) telah dimenangi oleh MizzNina menerusi video muzik, 'With You'. Namun bagi kategori Power Vocal Award (Anugerah Vokal Terbaik), Shila Amzah telah memenanginya! Ini merupakan pencalonan dan juga kemenangan yang pertama buat Shila di Anugerah Shout! sepanjang tiga kali penganjurannya.

Shila yang baru-baru ini telah memenangi dua anugerah di Anugerah Industri Muzik 19 (AIM 19), pastinya berasa amat gembira dengan kemenangan yang telah beliau perolehi. Malangnya, beliau tidak sempat mengambil sebarang gambar ketika berada di Anugerah Shout! kerana terlalu penat.

  
Shila bersama trofi-trofi kemenangannya di AIM 19.


Foto: Shylla

Friday, September 21, 2012

Shila Amzah Merangkul Gelaran Juara Di Asian Wave Akhir!

"Tangisan Kegembiraan"

20 SEPTEMBER 2012, SHANGHAI. Satu berita yang amat menggembirakan. Nur Shahila Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah 22, telah mengharumkan nama negara dengan berjaya merangkul gelaran juara pada pusingan akhir pertandingan Asian Wave semalam! Acara yang telah diadakan di Shanghai itu telah menyaksikan pertembungan diantara Shila yang mewakili negara Malaysia dengan peserta-peserta lain dari negara seperti China, Korea Selatan, India, Thailand, and Singapura.

Pada pusingan pertama, Shila telah mempersembahkan lagu 'Gemilang' nyanyian asal, Jaclyn Victor. Shila telah memenangi pusingan tersebut dengan markah 5-0. Pada pusingan kedua pula, sebuah lagu nyanyian asal, Bruno Mars yang bertajuk 'Grenade' menjadi pilihan Shila. Shila turut memenangi pusingan tersebut dengan markah 5-2. Pada pusingan ketiga yang merupakan pusingan penentuan, Shila telah menyanyikan sebuah lagu berbahasa Cina yang bertajuk 'Zheng Fu' nyanyian asal Ying Na.

Selepas selesainya semua persembahan, masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Pengumuman siapakah juara Asian Wave. Keputusan sudah pun tersedia. Pihak juri dengan sebulat suara telah memilih Shila Amzah sebagai juara Asian Wave! Satu keputusan yang amat menggembirakan buat rakyat Malaysia dan juga buat  semua Shilalas. Shila Amzah sememangnya telah mengharumkan nama negara Malaysia!

Tahniah Shila Amzah! Xo  #SHILALAS


Saksikan persembahan penentuan Shila di bawah!


Saksikan persembahan pertama Shila di SINI.
Saksikan persembahan kedua Shila di SINI.