"Tangisan Kegembiraan"
20 SEPTEMBER 2012, SHANGHAI. Satu berita yang amat menggembirakan. Nur Shahila Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah 22, telah mengharumkan nama negara dengan berjaya merangkul gelaran juara pada pusingan akhir pertandingan Asian Wave semalam! Acara yang telah diadakan di Shanghai itu telah menyaksikan pertembungan diantara Shila yang mewakili negara Malaysia dengan peserta-peserta lain dari negara seperti China, Korea Selatan, India, Thailand, and Singapura.
Pada pusingan pertama, Shila telah mempersembahkan lagu 'Gemilang' nyanyian asal, Jaclyn Victor. Shila telah memenangi pusingan tersebut dengan markah 5-0. Pada pusingan kedua pula, sebuah lagu nyanyian asal, Bruno Mars yang bertajuk 'Grenade' menjadi pilihan Shila. Shila turut memenangi pusingan tersebut dengan markah 5-2. Pada pusingan ketiga yang merupakan pusingan penentuan, Shila telah menyanyikan sebuah lagu berbahasa Cina yang bertajuk 'Zheng Fu' nyanyian asal Ying Na.
Selepas selesainya semua persembahan, masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Pengumuman siapakah juara Asian Wave. Keputusan sudah pun tersedia. Pihak juri dengan sebulat suara telah memilih Shila Amzah sebagai juara Asian Wave! Satu keputusan yang amat menggembirakan buat rakyat Malaysia dan juga buat semua Shilalas. Shila Amzah sememangnya telah mengharumkan nama negara Malaysia!
Tahniah Shila Amzah! Xo #SHILALAS
Saksikan persembahan penentuan Shila di bawah!
Saksikan persembahan pertama Shila di SINI.
Saksikan persembahan kedua Shila di SINI.
No comments:
Post a Comment