"Tahniah Shila!"
Wah, inilah yang dinamakan tuah! Selain telah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai pada 20 September yang lalu, Shila Amzah, 22, turut membawa pulang ganjaran sebanyak lebih dari RM1 juta!
Berkenaan dengan ganjaran tersebut, Shila yang dihubungi pihak murai.com.my menjelaskan, wang dana berkenaan merangkumi rakaman album, konsert, promosi dan lain-lain yang berkaitan dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi di China.
Kata Shila, "Sejujurnya, Shila tidak terfikir tentang hadiah. Shila hanya mahu mengharumkan nama negara dan menyertai pertandingan ini. Shila pun mahu berjumpa dengan kenalan baru. Setahu Shila, Shila akan menerima sejumlah wang dana yang masih belum diketahui jumlahya."
Menurut Shila juga, beliau ada diberitahu oleh pihak penganjur bahawa hadiah itu bernilai lebih satu juta ringgit. Hanya pada 22 September, Shila akan mengetahui hadiah sebenar kerana Shila akan berbincang dengan pihak penganjur.
Shila yang dilapor bakal pulang ke Malaysia pada 26 September ini menyatakan yang beliau tidak menyangka peminatnya di China amat menghargai dirinya walaupun baru pertama kali mengenalinya. Kata Shila lagi, setakat waktu ini, bermacam-macam tawaran diperoleh Shila di China. Malah, segala tawaran ini sudah pun diterima sebelum Shila diumumkan sebagai juara lagi.
Kata Shila, beliau juga turut berasa bersyukur apabila beliau lebih dikenali kerana imej berhijabnya. Semua pihak melayan dan menerima beliau dengan baik sepanjang keberadaan beliau di China.
Shila, yang bakal menyertai sebuah konsert yang dijadualkan berlangsung pada 24 September memberitahu banyak perkara baru yang telah dipelajarinya sepanjang pertandingan. Kata Shila, seorang juri daripada India berkata, bahawa dia mahu Shila ke peringkat antarabangsa. Malah, dia sendiri ada menjemput Shila untuk menynyi di India. Selain itu, seorang lagi juri iaitu Eric Moo juga telah menempah Shila untuk menynyi bersamanya di konsert solonya yang bakal berlangsung pada November dan Disember akan datang. Terus-terang, Shila memberitahu yang beliau berasa amat gembira. "Disebabkan semua tawaran, Shila akan mengambil kelas bahasa Mandarin. Selepas ini pun, Shila akan kerap berulang-alik ke China." katanya.
Amboi, semakin mencurah-curah rezeki Shila. Ramai yang berpendapat, inilah yang dinamakan rezeki berhijab. Ikutlah pendapat masing-masing. Tuhan itu kan Maha Kaya. Mari kita semua bersama-sama mendoakan kejayaan Shila. Semoga Shila diberkati selalu! Xo
"Chaiyok, Shila!"
Sumber: Murai
No comments:
Post a Comment