Saturday, November 24, 2012

Steamboat Party ! ! !

Assalamualaikum dan hai semua! Hmmm, dah lama saya tak blog pasal benda tak formal. Yelah, kebanyakkan blog post saya kan pasal Shila Amzah. So, saya kenalah tulis dalam cara yang formal. Hehe. Apa-apa pun, hari ni saya bukannya nak cakap pasal benda formal ke tak formal ke. Sebenarnya hari ni saya nak cerita pasal 'parti' steamboat tengah malam tadi. Bukanlah parti sebenarnya. Saja nak gunakan perkataan tu. Nak buat bunyi dia best sikit, haha,. Btw, sebenarnya saya dah rancang benda ni dari minggu lepas lagi. Kawan saya Fendra, yang cadangkan. Saya tak pernah terfikir langsung nak buat steamboat 'party'. Ingat nak buat sleepover biasa je. Tapi bagus jugak idea dia. Lagipun sebelum ni saya tak pernah lagi makan steamboat. LOL. Kesian kan?

Jadi saya telah tetapkan untuk mengadakan steamboat 'party' pada hari Jumaat. Tapi sebenarnya pada hari Sabtu. Sebab 'party' tu selepas pukul 12 pagi! Haha, saja nak lewat-lewat. Baru syok! Supper plus late dinner. Great!

Mesti korang tertanya-tanya siapa yang telah 'dijemput' ke 'parti' steamboat tengah malam tadi. Ha, semestinyalah orang yang telah mencadangkan benda ni. Fendra! Selain dia, Nor Aliya atau lebih dikenali sebagai Ling turut 'dijemput'. Kawan saya yang sorang lagi semestinya Gregory. Akhir sekali, Luqman Hakim! Saya lah tu -_- Jadi semuanya empat orang lah. Tiga lelaki dan satu gadis. JANGAN SALAH FAHAM TAU! 'Parti' kami telah dipantau oleh ibu saya tau. Satu lagi benda penting yang saya belum beritahu. The location! Ha, sebenarnya saya buat 'parti' ni kat depan rumah je. Kat garaj. Hahahaha. Best!

Kelmarin saya dengan Gregory, Fendra dan ibu saya pergi ke Giant untuk beli bahan-bahan yang diperlukan. Tapi cuma dua bahan je yang jumpa. Sosej dan chicken ball. Tak sangka crab roll pun takde kat Giant. Punyalah besar tempat tu. Tak boleh salahkan pihak Giant jugak. Mungkin dah habis kot. KOT. Pada sebelah malam pulak, selepas Maghrib, sekali lagi, saya dengan Gregory dan Fendra keluar. Nak cari bahan-bahan yang takde siang tadi. So. ayah saya hantar kami kat Everrise, BDC. Sampai je kat Everrise, bukan pergi cari bahan-bahan, tapi pergi cari majalah dulu! Haha, maklumlah saya ni gila majalah! Saya pun pergilah ke satu kedai tu. Ingat nak beli majalah Lisa sebab front cover bulan ni Shila Amzah. Tapi seperti yang dijangkakan, belum ada :( Saya tak puas hati. Saya pun pergi ke Popular pulak. Popular kat tingkat atas sekali. So, saya perlu naik lif lah. Bukan malas nak naik tangga, tapi tak boleh naik tangga! Sampai kat Popular, apa yang dicari takde jugak. Tapi saya terjumpa majalah Galaxie yang bulan lepas punya. Cun-cun saya belum ada lagi isu tu. Saya memang melanggan majalah Galaxie setiap isu! Habis je urusan kat Popular, saya pun cepat-cepat turun bawah sebab nak cari bahan-bahan tu lah. Dah lah ayah saya dah lama tunggu dalam kereta tu. Nanti dia marah pulak. Masuk je supermarket, terus pergi kat frozen food section. Crab roll ada! Tiba-tiba terjumpa meat ball! Meat ball yang macam dalam bakso tu. Dah lama cari benda tu. Akhirnya! Ambik jelah. Pastu cepat-cepat pergi bayar dan pergi kat kereta dan balik!

Bila dah sampai kat rumah, saya dan Gregory pun tolong sediakan bahan-bahan. Potong itu, potong ini. Dan inilah hasilnya! Nampak sedap kan? Hehehe :P


Sementara nak tunggu tengah malam, kami pun berborak-borak, update Facebook dan Twitter masing-masing, dengar lagu, tengok tv dan macam-macam lah. Kami tak makan malam pun. Maklumlah, kan nak makan steamboat. Tik, tok, tik, tok....tengah malam pun menjelma! Masa untuk steamboat! Kami pun ambil barang-barang yang diperlukan untuk dibawa keluar. Bekas makanan, mangkuk, periuk nasi, periuk steamboat, sudu, garpu, comforter...tu je lah kot. Haha.


Kedinginan malam...


Ingat nak goreng nasi, gas pulak tiba-tiba habis. Nak guna induction cooker, tak jumpa cari! Akhirnya, masak je lah steamboat dalam periuk nasi. Nasib baik ada periuk nasi lebih. Kalau tak? Ha..sambil nak tunggu air dalam periuk tu mendidih, kami pun buatlah kerja masing-masing dulu. Tu bukan dinamakan kerja! Hahahaha :D


Air pun dah mendidih, kita masukkan pes tom yam! Yes, tom yam flavored-steamboat soup!


Kacau, jangan tak kacau!


Pes tak cukup? Tambah lagi!


Perencah yang digunakan....


Tunggu punya tunggu, rasanya dah mendidih ni.



Yup, it's ready!


Kita masukkan bunga kubis terlebih dahulu..
Kemudian baru masukkan bahan-bahan yang lain!
Apa lagi? Jemput makan! Bismillah..




Makan punya makan, terlupa nak ambil nasi. Hahaha.


Akhirnya, sesi makan pun dah berakhir. 
Kenyang, kenyang.
Bahan-bahan semua tak habis. (simpan balik dalam peti sejuk)
Sayur-sayuran je habis.




Nak tidur pun tak boleh lagi. Yelah, kan baru makan. Kami pun berborak-borak sambil menunggu makanan dalam perut kami dihadam! LOL Jadi, setakat itu sajalah blog post saya untuk kali ini. Harap anda terhibur dan 'terliur' dengan blog post saya kali ini! Hahaha, sehingga berjumpa lagi! Xoxo



*Terima kasih diucapkan kepada Fendra, Ling dan Gregory!

No comments:

Post a Comment