Saturday, November 24, 2012

Shila Amzah Meraih Anugerah Pertama Di Shout! Awards.


Pada 23 November 2012, iaitu pada semalam, telah berlangsungnya Anugerah Shout! yang ketiga. Bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon, Anugerah Shout! kali ini telah menyaksikan 17 pencalonan umum (boleh diundi) dan satu anugerah kemuncak yang ditentukan sepenuhnya oleh juri profesional. Antara pemenang pada malam tersebut adalah Yuna, Bunkface, Nora Danish, Aaron Aziz, program Showdown 2012, Hunny Madu, Zizan Razak dan Matluthfi90. Anugerah kemuncak (The Ultimate Shout! Award) pula dimenangi oleh kumpulan KRU


Tidak ketinggalan, penyanyi yang berusia 22 tahun, Shila Amzah. Shila telah dicalonkan dalam dua kategori iaitu kategori Power Vocal Award (Anugerah Vokal Terbaik) dan Music Video Award (Anugerah Video Muzik) untuk video muzik, 'Dejavu'.


Bersama trofi Shout! Awards.

Pada malam tersebut, Music Video Award (Anugerah Muzik Video) telah dimenangi oleh MizzNina menerusi video muzik, 'With You'. Namun bagi kategori Power Vocal Award (Anugerah Vokal Terbaik), Shila Amzah telah memenanginya! Ini merupakan pencalonan dan juga kemenangan yang pertama buat Shila di Anugerah Shout! sepanjang tiga kali penganjurannya.

Shila yang baru-baru ini telah memenangi dua anugerah di Anugerah Industri Muzik 19 (AIM 19), pastinya berasa amat gembira dengan kemenangan yang telah beliau perolehi. Malangnya, beliau tidak sempat mengambil sebarang gambar ketika berada di Anugerah Shout! kerana terlalu penat.

  
Shila bersama trofi-trofi kemenangannya di AIM 19.


Foto: Shylla

No comments:

Post a Comment