Sunday, May 5, 2013

Shila Amzah: Tahun 2013, Terus Mendaki

Sudah lama saya tidak menulis sebarang entri di blog ini. Kali terakhir saya menulis entri adalah pada 16 Februari 2013, sebuah entri bertajuk "Shila Amzah Tercalon Di Kids' Choice Awards 2013". Baiklah pada kali ini, setelah sekian lama, saya akan membawakan sebuah entri baru yang bertajuk "Shila Amzah: Tahun 2013, Terus Mendaki" khas buat Shila Amzah dan semua Shilalas di luar sana!


Seperti pada tahun lepas, tahun 2013 turut menyaksikan pelbagai peristiwa pahit dan manis yang dilalui oleh penyanyi yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke-23 pada 13 Ogos ini, tidak lain tidak bukan, Shila Amzah.

Majalah EH!
Permulaan tahun baru dimulakan dengan penuh warna-warni. Pada bulan Januari yang lepas, Majalah Urban Nombor 1, EH!, telah memilih Shila Amzah sebagai penghias muka depan majalah tersebut untuk isu Januari 2013.


"Usah pertikaikan rezeki saya" - Shila

Anugerah Juara Lagu ke-27
Bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil, telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-27 pada 6 Januari 2013. Dikemudikan oleh penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail dan pengacara, Cheryl Samad, malam AJL ke-27 telah menyaksikan persembahan hebat daripada 12 finalis termasuklah Shila Amzah. Dengan mempertaruhkan lagu "Patah Seribu" yang merupakan hasil ciptaan penuhnya sendiri, Shila telah mempersembahkannya dengan sehabis baik.


Satu persembahan yang beremosi.

Namun rezeki tidak menyebelahi Shila. AJL ke-27 telah dimenangi oleh Aizat menerusi lagu "Terukir Di Bintang" yang juga merupakan hasil ciptaan penuh penyanyi asal, Yuna. Walaupun Shila tidak berjaya membawa pulang apa-apa, hal ini sesungguhnya tidak mematahkan semangat Shila untuk terus melakukan yang terbaik. Rezeki ada dimana-mana.

World Music Awards
Seperti sedia maklum, pada haun lepas, Shila Amzah ada dicalonkan untuk kategori 'World's Best Female Artist' dan 'World's Best Entertainer of the Year' di World Music Awards 2012 (WMA 2012).


Telah dijadualkan untuk berlangsung pada 20 Disember 2012 di Miami, Amerika Syarikat, WMA 2012 terpaksa ditunda tarikhnya ke musim bunga 2013 atas sebab-sebab logistik dan imigresen.

Kids' Choice Awards
Tahun 2013 diteruskan lagi dengan hadirnya sebuah berita baik buat Shila Amzah dan peminat-peminat tegarnya, khususnya. Shila Amzah telah dicalonkan bagi kategori 'Favourite Asian Act' di Nickelodeon Kids' Choice Awards 2013! Calon-calon lain adalah Han Geng (China), PSY (Korea Selatan), dan Sarah Geronimo (Filipina).


KCA 2013 yang telah dilangsungkan di Los Angeles pada 23 Mac 2013 yang lalu, meyaksikan kemenangan bukan berpihak kepada Malaysia, umumnya. Kategori 'Favourite Asian Act' sebaliknya telah dimenangi oleh penyanyi dari negara China, Han Geng. Pada pendapat saya, Shila mendapat pencalonan dalam KCA 2013 pun sudah cukup membanggakan!

Kisah Lari Rumah
Pada awal bulan Februari 2013 yang lepas, dunia hiburan telah dikejutkan dengan berita kehilangan Shila Amzah. Shila lari rumah! Selepas hampir seminggu anak sulungnya menghilankan diri, bapa Shila iaitu ND Lala, mengambil keputusan untuk membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang. Laporan itu juga dibuat selepas gerakan mencari Shila menemui jalan buntu.

Difahamkan, Shila mula menghubungi bapanya selepas berita kehilangannya disiarkan di media. Shila yang hilang sejak tujuh hari telah ditemui di Kemaman, Terengganu.

Ada yang berpendapat, Shila telah melarikan diri dari rumah disebabkan terlalu sedih dan tertekan dengan isu perhubungannya dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad yang pada ketika itu sedang dilanda dugaan.

Ombak Rindu
Pada tarikh 8 Februari 2013, sebuah akaun di laman YouTube telah memuat naik sebuah video yang bertajuk "Shila Amzah - Pesanan Pada Semua & Ombak Rindu". Video yang berdurasi empat minit 14 saat itu menunjukkan Shila yang sedang mengenakan pakaian serba putih sambil ditemani dengan sebuah gitar akustik, memberi sedikit pesanan sambil menangis teresak-esak dan kemudiannya mendendangkan lagu "Ombak Rindu". Video tersebut seterusnya menjadi viral di laman YouTube.




"Ombak Rindu.."

Kembali Teguh
Pada 16 Februari 2013, Shila Amzah telah memuat naik dua video baru di laman YouTube rasminya. Dua video baru tersebut sebenarnya merupakan dua lagu baru ciptaan penuhnya sendiri. Boleh dikatakan, Shila telah men'debut'kan dua lagu barunya itu di laman YouTube. Video lagu yang pertama ialah "Masih Aku Cinta" dan seterusnya ialah "Cinta Hati". Kedua-dua video tersebut kini sudahpun mencapai lebih 200,000 jumlah tontonan di YouTube!




"Masih Aku Cinta"




"Cinta Hati"

Ada khabar angin mengatakan, lagu "Masih Aku Cinta" dan "Cinta Hati" bakal dimuatkan ke dalam album baharu Shila.

Bella Awards
Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia, pada 2 Mac 2013, telah berlangsungnya Bella Awards 2013. Julung kali diadakan, Bella Awards merupakan sebuah anugerah yang meraikan dan mengiktiraf golongan wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing.


Untuk Bella Awards edisi yang pertama, Shila Amzah telah tercalon untuk satu kategori iaitu menerusi kategori 'Bella-On-Stage Award'. Namun, Dato' Siti Nurhaliza telah memenangi kategori tersebut. Pada malam anugerah, Shila tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Menetap Di China
Shila Amzah yang telah menandatangani kontrak bersama Shanghai Media & Entertainment Group (SMEG) bakal menetap selama bukan satu, tapi enam bulan di Negara Tembok Besar, China bersama ibu tercinta, Fauziah Sarman.


Dari kiri: Fauziah Sarman (ibu), Shila dan ND Lala (ayah)

Peluang menetap di China untuk satu tempoh yang agak lama, dimanfaatkan sepenuhnya oleh Shila dalam misinya memantapkan lagi penguasaan bahasa Mandarin. Selain itu, proses rakaman album baharu berbahasa Mandarin juga dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan menyenangkan sekiranya Shila menetap buat sementara waktu di China. Album baharu berbahasa Mandarin tersebut akan di muatkan dengan lagu "Patah Seribu", versi bahasa Mandarin iaitu "Xia Yi Bu".

Di Kota Mekah
Pada 12 Mac 2013, Shila Amzah bersama dengan ahli keluarganya, ND Lala (ayah), Fauziah Sarman (ibu), Syafiq Amzah (adik), Syahir Amzah (adik), dan Syada Amzah (adik) telah berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah selama dua minggu.

Menurut Shila, beliau mahu mencari ketenangan dan mahu beribadat di sana (Mekah) sebelum memulakan perjalanan karier di China yang memerlukannya berada di China dalam tempoh masa yang agak lama.


Shila bersama ayah, ibu dan adik.


Shila bersama adik bongsu, Syada Amzah.


Shila bersama adik, Syahir Amzah.

Sebenarnya, Shila sudah menyimpan hasrat untuk pergi mengerjakan umrah sejak tahun lalu lagi, cuma baru tahun ini dapat dilunaskan hajatnya itu.

Syarikat Sendiri
Pada 12 Mac 2013, akhbar Harian Metro telah melaporkan bahawa Shila Amzah telah menubuhkan sebuah syarikat baharu atas nama, Shila Amzah Entertainment Bhd.

Persembahan Di New York
Pada penghujung bulan Mac 2013, setelah pulang dari mengerjakan umrah di tanah suci Mekah, Shila Amzah bersama finalis Asian Wave 2012 telah diberi peluang untuk membuat persembahan di Amerika Syarikat.

Shila bersama dengan dengan finalis Asian Wave 2012 telah membuat persembahan di tiga lokasi, antaranya di Lincoln Cnter, New York.


Bersama Jalur Gemilang di kota New York..


Sempat bergambar..

Duet Bersama Julio Iglesias
Selain daripada persembahannya bersama dengan finalis Asian Wave 2012 di tiga lokasi berbeza di Amerika Syarikat, Shila Amzah juga telah di undang untuk tampil solo dan berduet dalam konsert jelajah penyanyi Latin, Julio Iglesias, "1 Tour in China".

Konsert jelajah yang telah dilangsungkan di Shanghai, Shenzen dan Beijing itu telah menyaksikan gabungan persembahan antara Iglesias dan Shila menerusi lagu "All For You" dan "When You Tell Me That You Love Me".


Bergandingan bersama..

Sedikit fakta tentang Julio Iglesias. Julio Iglesias sebenarnya merupakan ayah kepada penyanyi Latin antarabangsa, Enrique Iglesias.

Majalah Nona & Jelita
Untuk bulan April, Shila Amzah telah diberi peluang untuk mewarnai bukan satu, tetapi dua muka hadapan majalah.

1. Majalah Nona (Edisi Perkahwinan)


"Shila Amzah: Suci Di Hari Pernikahan"

2. Majalah Jelita


"Shila Amzah: Antara Realiti Dan Fantasi"

ABPBH 2012
Pada 7 April 2013 yang lepas, bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil, telah berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012.

Bertemakan "Ledakan Geometri", ABPBH kali ini menyaksikan Shila Amzah memperoleh lima pencalonan di mana satu pencalonan adalah pencalonan utama/umum, manakala yang selebihnya adalah pencalonan kategori online.


Shila telah tercalon dalam ketegori:

1. Penyanyi Wanita Popular (Utama)
2. Artis Wanita Stailo (Online)
3. Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial (Sosial)
4. Artis Asia Paling Popular (Online)
5. Gandingan Di Layar Serasi (Online) 

Antara lima pencalonan, Shila telah berjaya membawa pulang sebuah trofi bagi kategori 'Penyanyi Wanita Popular'. Shila telah berjaya menewaskan calon-calon lain seperti Jaclyn Victor, Najwa Latif, Stacy dan Yuna bagi kategori tersebut.

Namun, Shila tidak dapat menghadirkan diri ke malam anugerah kerana beliau masih berada di luar negara pada ketika itu. Disebabkan itulah, adik Shila, Syada Amzah dan juga pengurus, kak Yai telah menjadi wakil pada malam tersebut.


Wakil bagi pihak Shila.

Pulang Ke Malaysia - Album Baharu
Pada akhir bulan April, Shila Amzah telah pulang kembali ke Malaysia. Bukannya lama, hanya dua minggu sahaja tempoh yang diberikan oleh pihak pengurusan Shila di Shanghai. Agenda utama Shila pulang ke tanah air adalah untuk menyiapkan proses rakaman album barunya di sini.


Ketika baru tiba di tanah air.

Menurut pihak realSHILALAS dan juga ibu kepada Shila, Fauziah Sarman, album baru Shila bakal dikeluarkan tidak lama lagi! Menurut artikel "Tinta Shila" yang bertarikh 1 Mei 2013 pula, album baru Shila yang dikatakan mengandungi enam buah lagu itu bakal dilancarkan pada awal bulan Jun 2013.

Tanggungjawab Kepada Negara
Sebagai duta 1Malaysia For Youth (1M4U), sudah pastinya Shila Amzah mahu membuang undi, kan? Bakal mengundi buat kali pertama, Shila mengatakan yang beliau teringin untuk mengundi. Shila sudah mendaftar sebagai pemilih sejak tahun lepas lagi, di pejabat pos. Kebetulan Shila sedang berada di tanah air, bolehlah beliau keluar mengundi. Shila dilaporkan bakal mengundi di Cheras.

Kembali Ke Shanghai
Shila Amzah bersama ibu dan bapanya bakal bertolak kembali ke Shanghai pada 8 Mei 2013. Menurut Shila, ketika beliau berada di Shanghai, beliau lebih menjaga cara pemakanan berbanding ketika berada di Malaysia. Shila juga menjalankan ruti senaman setiap hari.


Selamat tinggal, kak Sha!

Itu sahaja yang dapat saya 'huraikan' buat kali ini. Semoga kak Sha terus sukses! Shilalas akan terus menyokong kak Sha no matter what! Kami kan Shilalas TEGAR! Xo



Gambar: 




Saturday, February 16, 2013

Shila Amzah Tercalon Di Kids' Choice Awards 2013!


Setelah berjaya memperolehi dua pencalonan di World Music Awards 2012, penyanyi yang berusia 22 tahun, Shila Amzah sekali lagi tercalon dalam sebuah anugerah bertaraf antarabangsa. Kali ini, Shila tercalon pula di Nickelodeon Kids' Choice Awards 2013.


Shila Amzah tercalon untuk satu kategori iaitu kategori 'Favorite Asian Act'. Ini merupakan pencalonan pertama buat Shila di KCA. Turut tercalon dalam kategori yang sama, Han Geng (China); Psy (Korea) dan Sarah Geronimo (Filipina). Pada tahun lepas, penyanyi - Yuna telah menjadi wakil tunggal dari Malaysia.

KCA 2013 bakal dilangsungkan pada 23 Mac 2013 di Los Angeles. KCA 2013 boleh ditonton pada 25 Mac, jam 6 p.m. (Malaysia & Singapura) tentunya di saluran Nickelodeon.

Shilalas Tegar, jom undi Shila Amzah! SINI


Friday, January 11, 2013

Shila Amzah Tercalon Dalam Tiga Kategori Di ABPBH 2012.


Tidak berjaya membawa pulang apa-apa ketika bersaing di AJL 27 baru-baru ini, tidak bermakna beliau telah gagal. Nur Shahila Amir Amzah atau nama pentasnya, Shila Amzah, bakal bersaing pula di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012.



Beliau telah tercalon dalam tiga kategori. Satu merupakan kategori utama dan yang selebihnya merupakan kategori online. Kategori-katgori tersebut adalah;

1. Penyanyi Wanita Popular.

2. Artis Asia Paling Popular.

3. Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial.

Untuk kategori utama, cara-cara untuk mengundi adalah, beli akhbar Berta Harian di kedai yang berdekatan dengan anda; pilih calon pilihan anda; hantar undian anda ke balai berita NSTP melalui pos.

Bagi kategori online pula, cara-cara untuk mengundi adalah seperti berikut, sertai undian online menggunakan Facebook; letakkan undian pilihan anda; anda boleh mengundi sekali sehari; tarikh tutup 13 Mac 2013.

Malam kemuncak ABPBH 2012 bakal diadakan pada 7 April 2013 bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi ABPBH - abpbh.com.my


Gambar: Google






Sunday, December 30, 2012

Tahun 2012, Tahun Shila.


Fotografi majalah Eh! edisi Januari 2013.

Tahun 2012, tahun Shila Amzah. Tidak salah untuk saya berkata begitu. Jika diperhatikan, tahun 2012 telah menjadi tahun yang amat bermakna buat pemilik nama Nur Shahila Amir Amzah yang berusia 22 tahun ini. Telah banyak kejayaan yang telah beliau perolehi sepanjang tahun ini. Turut tidak ketinggalan, penghijrahan Shila.

Pada 6 Ogos 2012, beliau telah memuat-naik satu gambar beserta dengan kapsyen, " The new me:) ". Pada mulanya, beliau hanya memakai tudung dengan niat mencuba. Namun, dengan kuasa yang Maha Esa, akhirnya beliau bertekad untuk berhijrah. Berkat Ramadan.


" The new me:) "

Pada bulan September yang lalu pula, beliau telah mewakili Malaysia untuk sebuah rancangan realiti tv terbitan China, Asian Wave di Shanghai.


Beliau telah berjaya melepasi pusingan pertama dengan jayanya dan dengan ini, sekaligus beliau telah berjaya membawa dirinya ke peringkat akhir. Berkat doa beserta dengan sokongan padu rakyat Malaysia terutamanya peminat-peminat tegar beliau sendiri, akhirnya beliau berjaya menjadi juara di pentas akhir Asian Wave! Ini bermakna, beliau telah berjaya mengalahkan peserta-peserta lain dari negara seperti Thailand, Korea Selatan, Singapura, India dan China sendiri. Beliau turut membawa pulang ganjaran sebanyak lebih dari RM1 juta! Sungguh membanggakan!

 

Bersama trofi Asian Wave.


Ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Shanghai.

Kemudian, selepas pulang ke Malaysia, pada bulan November, beliau telah tercalon untuk kategori 'Persembahan Vokal Wanita Terbaik', 'Lagu Terbaik' (Patah Seribu) dan 'Lagu Pop Terbaik' (Patah Seribu) di Anugerah Industri Muzik ke-19.


Gembira.. bersama trofi-trofi AIM 19.

Beliau telah berjaya memenangi dua kategori. Kategori 'Lagu Terbaik' (Patah Seribu) dan 'Lagu Pop Terbaik' (Patah Seribu). Tidak lama selepas AIM 19, beliau tercalon pula dalam dua kategori untuk Anugerah Shout!. Dua kategori tersebut adalah kategori 'Power Vocal Award' dan 'Music Video Award' (Deja Vu).


Penat.. tetapi tetap memberi senyuman.

Seperti yang dijangka, beliau berjaya membawa pulang kategori 'Power Vocal Award'. Ini merupakan pencalonan dan kemenangan pertama buat beliau di Shout! Awards sepanjang kariernya. 

Selain dari itu, pada 15 Disember yang lepas pula, beliau telah ke kota Singa, Singapura bagi menghadiri malam kemuncak Anugerah Planet Muzik 2012. Dari empat pencalonan, beliau telah berjaya membawa pulang trofi bagi kategori  'Best Female Artist'. 


Bersama kekasih hati, Sharnaaz Ahmad ketika di red carpet APM 2012.

Selain anugerah-anugerah tersebut, beliau juga telah berjaya tercalon dalam sebuah anugerah antarabangsa, World Music Awards menerusi dua kategori iaitu 'World's Best Female Artiste' dan 'Entertainer of the Year'. Antara nama-nama besar lain yang turut tercalon dalam kategori yang sama adalah seperti Taylor Swift, Adele, Rihanna dan Selena Gomez. Ini sekaligus telah mengangkat nama negara ke persada antarabangsa. Sangat membanggakan!

World Music Awards yang sepatutnya diadakan pada 22 Disember yang lepas terpaksa ditunda tarikhnya ke tahun hadapan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pada 29 Disember pula, beliau telah muncul dengan sebuah konsert solo pertama beliau. Konsert amal yang telah dianjurkan oleh Vida Beauty ini khas diadakan bagi membantu saudara kita yang tertindas di bumi Gaza.


Suka beramal..

Pada Januari 2013 pula, beliau bakal berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-27. Beliau berjaya melayakkan diri ke pentas AJL 27 setelah lagu 'Patah Seribu' berjaya dipertaruhkan ketika beliau bersaing di pentas separuh akhir Muzik-Muzik  pada November yang lepas.


Ketika di malam separuh akhir Muzik-muzik ke-27.

Kesimpulannya, tahun 2012 sememangnya merupakan tahun Shila. Selepas penghijrahan beliau pada bulan Julai yang lalu, banyak rezeki yang dilimpahkan oleh-Nya kepada beliau. Beliau telah membuktikan bahawa tidak semestinya jika seseorang itu telah berhijrah, rezekinya akan berkurang. Buktinya, rezeki beliau bukannya berkurangan, tapi bertambah-tambah! Alhamdulillah, semua itu rezeki beliau.  Apa yang kita perlu lakukan sekarang ialah sentiasa mendoakan kejayaan beliau. Semoga rezeki yang beliau peroleh pada hari ini berpanjangan. Kita kan Shilalas TEGAR! Xo


Gambar: Google, zaizaiSFC





Monday, December 17, 2012

Shila Amzah Memenangi Satu Kategori Di APM 2012.

 Sha-hila.

 Pada 15 Disember 2012 iaitu pada hari Sabtu yang lepas, Anugerah Planet Muzik 2012 telah diadakan dengan jayanya di Max Pavillion, Singapura. Ramai artis-artis besar dari negara-negara seperti Singapura, Malaysia dan juga Indonesia telah hadir dan tercalon untuk APM kali ini. Antaranya, Alyah, Rossa, Taufik Batisah, Hafiz dan Hady Mirza. Turut tidak ketinggalan, penyanyi yang baru berusia 22 tahun, Shila Amzah.

Shila Amzah atau Shylla telah tercalon untuk empat kategori. Iaitu untuk kategori 'Best Female Artiste', 'Most Popular Regional Artiste', 'Most Poular Regional Song' (Beribu Sesalan) (bersama 3 Suara), dan 'New Media Icon'. Namun, beliau telah memenangi satu dari empat pencalonan tersebut iaitu bagi kategori 'Best Female Artiste'.

 

Ini merupakan kemenangan beliau yang pertama (secara solo) di APM. Sebelum ini, iaitu pada APM 2010, beliau bersama 3 Suara telah tercalon dalam dua kategori - 'Best Duo /  Group' dan 'Best Album'. 3 Suara selepas itu, berjaya membawa pulang kategori 'Best Duo / Group'.

3 Suara bersama trofi kemenangan APM 2010.
(Dari kiri: Ning Baizura, Jaclyn Victor, Shila Amzah)


Gambar: google.com (Carian pelbagai)

Thursday, December 13, 2012

Shila Amzah Bakal Muncul Dengan Dua Buah Album Pada 2013.


Berita baik buat para Shilalas di luar sana! Menurut majalah Media Hiburan edisi 8-14 Disember 2012, Shila Amzah bakal meriliskan bukan satu, tapi dua buah album pada tahun hadapan. Satu bakal diterbitkan di China. Manakala satu lagi, bakal diterbitkan khas buat peminat Shila di Malaysia. Pastinya ini sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh peminat tegar Shila, khususnya.

Jangan lupa dapatkan majalah Media Hiburan edisi 8-14 Disember 2012 yang menampilkan Shila Amzah sebagai model muka hadapan. Cepat sebelum terlambat!



Monday, December 10, 2012

Shila Amzah Bersaing Di World Music Awards.


Ya, penyanyi, Nur Shahila Amir Amzah, 22 atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah, telah tercalon untuk kategori 'World's Best Female Artist' di World Music Awards 2012.


Berita gembira ini telah diumumkan buat pertama kalinya oleh adik Shila sendiri, iaitu Syada Amzah menerusi tweet-nya yang bertarikh 7 Disember 2012.


Ramai yang gembira setelah mendengar berita tersebut. Namun, ada segelintir yang ingin mendengar khabar ini dari kenyataan Shila sendiri. Oleh itu, tidak lama selepas tweet Syada ditulis, Shila sendiri telah mengumumkan sendiri berita baik ini menerusi akaun Facebook dan Twitter-nya.



Shila yang sekarang sedang berada in Indonesia pastinya berasa amat gembira dan bersyukur setelah mendapat tahu tentang pencalonannya di WMA 2012. Perasaan gembira pastinya turut dirasai oleh peminat-peminat tegar Shila yang diberi gelaran Shilalas. Yang paling membanggakan, artis-artis yang turut tercalon untuk kategori 'World's Best Female Artist' bukannya calang-calang. Terdapat 41 artis yang tercalon dalam kategori tersebut. Antaranya adalah Beyoncé, Taylor Swift, Rihanna, Shakira, Adele, Christina Aguilera dan Carrie Underwood. Sudah pasti, ini merupakan sebuah pencapaian yang patut dibanggai oleh rakyat Malaysia khususnya.

Selain dari WMA 2012, Shila turut mendapat pencalonan di Anugerah Planet Muzik yang bakal diadakan pada 15 Disember ini di Kota Singa, Singapura. Pada 6 Januari pula, Shila bakal berentap di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-27 menerusi lagu 'Patah Seribu'.

Wah, semakin hari, semakin murah rezeki anak muda ini. Alhamdulillah.

World Music Awards bakal diadakan di Marlins Park, Miami FL pada 20 Disember 2012. Tiket boleh dibeli di tickets.com. Dan jangan lupa untuk mengundi Shila untuk kategori 'World's Best Female Artist'. Undian boleh dibuat secara online di worldmusicawards.com.