Tuesday, November 27, 2012

Shila Amzah Mara Ke Anugerah Juara Lagu Ke-27.


Minggu ketiga Muzik Muzik separuh akhir baru sahaja berakhir. Hanya 12 lagu yang layak bertanding di peringkat Anugerah Juara Lagu ke-27. Antara lagu yang berjaya ke peringkat akhir adalah lagu 'Terukir Di Bintang' (Yuna), 'Pelangi Senja' (Stacy), 'Ku Akui' (Hafiz), 'Tanpamu' (Amir Jahari), 'Teman Pengganti' (Black feat. Malique) dan 'Idola' (Azlan and the Typewriter).

Turut tidak ketinggalan, penyanyi yang baru berusia 22 tahun, Shila Amzah. Lagu 'Patah Seribu' yang merupakan ciptaan penuh beliau sendiri telah melayakkan beliau ke peringkat akhir. Ini merupakan kali pertama beliau berjaya melepasi peringkat separuh akhir secara solo


Persembahan Shila ketika separuh akhir Muzik-Muzik baru-baru ini.
(Gambar ihsan zaizaiSFC)

Sebelum ini, Shila pernah mara ke peringkat akhir bersama 3 Suara menerusi lagu 'Beribu Sesalan'. Lagu tersebut akhirnya berjaya memperoleh tempat kedua.


Shila bersama 3 Suara ketika di AJL ke-26.

Anugerah Juara Lagu ke-27 bakal berlangsung pada 6 Januari, 2013. Seperti tahun-tahun yang terdahulu, malam AJL turut dapat ditonton secara langsung melalui saluran rasmi, TV3. Di bawah merupakan senarai penuh bagi lagu-lagu yang berjaya ke peringkat AJL ke27.

1. Idola - Azlan and the Typewriter
2. Pelangi Senja - Stacy
3. Anak Kampung - Jimmy Palikat feat. One Nation Emcees
4. Terukir Di Bintang - Yuna
5. Ombak Rindu - Hafiz dan Adira
6. Tanpamu - Amir Jahari
7. Lagu - Bedroom Santuary
8. Teman Pengganti - Black feat. Malique
9. Ku Akui - Hafiz
10. Simetri - Amy (Search) dan Hazama
11. Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo
12. Patah Seribu - Shila Amzah







No comments:

Post a Comment