Sunday, December 30, 2012

Tahun 2012, Tahun Shila.


Fotografi majalah Eh! edisi Januari 2013.

Tahun 2012, tahun Shila Amzah. Tidak salah untuk saya berkata begitu. Jika diperhatikan, tahun 2012 telah menjadi tahun yang amat bermakna buat pemilik nama Nur Shahila Amir Amzah yang berusia 22 tahun ini. Telah banyak kejayaan yang telah beliau perolehi sepanjang tahun ini. Turut tidak ketinggalan, penghijrahan Shila.

Pada 6 Ogos 2012, beliau telah memuat-naik satu gambar beserta dengan kapsyen, " The new me:) ". Pada mulanya, beliau hanya memakai tudung dengan niat mencuba. Namun, dengan kuasa yang Maha Esa, akhirnya beliau bertekad untuk berhijrah. Berkat Ramadan.


" The new me:) "

Pada bulan September yang lalu pula, beliau telah mewakili Malaysia untuk sebuah rancangan realiti tv terbitan China, Asian Wave di Shanghai.


Beliau telah berjaya melepasi pusingan pertama dengan jayanya dan dengan ini, sekaligus beliau telah berjaya membawa dirinya ke peringkat akhir. Berkat doa beserta dengan sokongan padu rakyat Malaysia terutamanya peminat-peminat tegar beliau sendiri, akhirnya beliau berjaya menjadi juara di pentas akhir Asian Wave! Ini bermakna, beliau telah berjaya mengalahkan peserta-peserta lain dari negara seperti Thailand, Korea Selatan, Singapura, India dan China sendiri. Beliau turut membawa pulang ganjaran sebanyak lebih dari RM1 juta! Sungguh membanggakan!

 

Bersama trofi Asian Wave.


Ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Shanghai.

Kemudian, selepas pulang ke Malaysia, pada bulan November, beliau telah tercalon untuk kategori 'Persembahan Vokal Wanita Terbaik', 'Lagu Terbaik' (Patah Seribu) dan 'Lagu Pop Terbaik' (Patah Seribu) di Anugerah Industri Muzik ke-19.


Gembira.. bersama trofi-trofi AIM 19.

Beliau telah berjaya memenangi dua kategori. Kategori 'Lagu Terbaik' (Patah Seribu) dan 'Lagu Pop Terbaik' (Patah Seribu). Tidak lama selepas AIM 19, beliau tercalon pula dalam dua kategori untuk Anugerah Shout!. Dua kategori tersebut adalah kategori 'Power Vocal Award' dan 'Music Video Award' (Deja Vu).


Penat.. tetapi tetap memberi senyuman.

Seperti yang dijangka, beliau berjaya membawa pulang kategori 'Power Vocal Award'. Ini merupakan pencalonan dan kemenangan pertama buat beliau di Shout! Awards sepanjang kariernya. 

Selain dari itu, pada 15 Disember yang lepas pula, beliau telah ke kota Singa, Singapura bagi menghadiri malam kemuncak Anugerah Planet Muzik 2012. Dari empat pencalonan, beliau telah berjaya membawa pulang trofi bagi kategori  'Best Female Artist'. 


Bersama kekasih hati, Sharnaaz Ahmad ketika di red carpet APM 2012.

Selain anugerah-anugerah tersebut, beliau juga telah berjaya tercalon dalam sebuah anugerah antarabangsa, World Music Awards menerusi dua kategori iaitu 'World's Best Female Artiste' dan 'Entertainer of the Year'. Antara nama-nama besar lain yang turut tercalon dalam kategori yang sama adalah seperti Taylor Swift, Adele, Rihanna dan Selena Gomez. Ini sekaligus telah mengangkat nama negara ke persada antarabangsa. Sangat membanggakan!

World Music Awards yang sepatutnya diadakan pada 22 Disember yang lepas terpaksa ditunda tarikhnya ke tahun hadapan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pada 29 Disember pula, beliau telah muncul dengan sebuah konsert solo pertama beliau. Konsert amal yang telah dianjurkan oleh Vida Beauty ini khas diadakan bagi membantu saudara kita yang tertindas di bumi Gaza.


Suka beramal..

Pada Januari 2013 pula, beliau bakal berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-27. Beliau berjaya melayakkan diri ke pentas AJL 27 setelah lagu 'Patah Seribu' berjaya dipertaruhkan ketika beliau bersaing di pentas separuh akhir Muzik-Muzik  pada November yang lepas.


Ketika di malam separuh akhir Muzik-muzik ke-27.

Kesimpulannya, tahun 2012 sememangnya merupakan tahun Shila. Selepas penghijrahan beliau pada bulan Julai yang lalu, banyak rezeki yang dilimpahkan oleh-Nya kepada beliau. Beliau telah membuktikan bahawa tidak semestinya jika seseorang itu telah berhijrah, rezekinya akan berkurang. Buktinya, rezeki beliau bukannya berkurangan, tapi bertambah-tambah! Alhamdulillah, semua itu rezeki beliau.  Apa yang kita perlu lakukan sekarang ialah sentiasa mendoakan kejayaan beliau. Semoga rezeki yang beliau peroleh pada hari ini berpanjangan. Kita kan Shilalas TEGAR! Xo


Gambar: Google, zaizaiSFC





1 comment: