Showing posts with label Twitter. Show all posts
Showing posts with label Twitter. Show all posts

Monday, December 10, 2012

Shila Amzah Bersaing Di World Music Awards.


Ya, penyanyi, Nur Shahila Amir Amzah, 22 atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah, telah tercalon untuk kategori 'World's Best Female Artist' di World Music Awards 2012.


Berita gembira ini telah diumumkan buat pertama kalinya oleh adik Shila sendiri, iaitu Syada Amzah menerusi tweet-nya yang bertarikh 7 Disember 2012.


Ramai yang gembira setelah mendengar berita tersebut. Namun, ada segelintir yang ingin mendengar khabar ini dari kenyataan Shila sendiri. Oleh itu, tidak lama selepas tweet Syada ditulis, Shila sendiri telah mengumumkan sendiri berita baik ini menerusi akaun Facebook dan Twitter-nya.



Shila yang sekarang sedang berada in Indonesia pastinya berasa amat gembira dan bersyukur setelah mendapat tahu tentang pencalonannya di WMA 2012. Perasaan gembira pastinya turut dirasai oleh peminat-peminat tegar Shila yang diberi gelaran Shilalas. Yang paling membanggakan, artis-artis yang turut tercalon untuk kategori 'World's Best Female Artist' bukannya calang-calang. Terdapat 41 artis yang tercalon dalam kategori tersebut. Antaranya adalah Beyoncé, Taylor Swift, Rihanna, Shakira, Adele, Christina Aguilera dan Carrie Underwood. Sudah pasti, ini merupakan sebuah pencapaian yang patut dibanggai oleh rakyat Malaysia khususnya.

Selain dari WMA 2012, Shila turut mendapat pencalonan di Anugerah Planet Muzik yang bakal diadakan pada 15 Disember ini di Kota Singa, Singapura. Pada 6 Januari pula, Shila bakal berentap di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-27 menerusi lagu 'Patah Seribu'.

Wah, semakin hari, semakin murah rezeki anak muda ini. Alhamdulillah.

World Music Awards bakal diadakan di Marlins Park, Miami FL pada 20 Disember 2012. Tiket boleh dibeli di tickets.com. Dan jangan lupa untuk mengundi Shila untuk kategori 'World's Best Female Artist'. Undian boleh dibuat secara online di worldmusicawards.com.



Tuesday, September 18, 2012

Nelly Furtado follows me on Twitter!!!


SEPTEMBER 18, 2012. My idol, Nelly Furtado follows me on Twitter! I am so happy! I mean, who doesn't right? I never expected this to be happening! Before this, I really hope she would replied my tweets or at least retweeted it. But she never did any of 'em.

But today, while I'm on Twitter, I clicked the 'Connect' button. There are six new people following me. I take a look at it properly. Who are the six people? Nelly Furtado! One of them are Nelly Furtado! Oh, I can't believe she's following me! She made my day! I LOVE YOU, NELLY! XO



One more thing. Don't forget to vote Nelly Furtado  for the 2012 MTV Europe Music Awards! She's nominated for the 'Best World Stage' category! Vote HERE




Tuesday, September 4, 2012

Dia Frampton Replied My Tweet!

On September 4, 2012 at 3:11 AM - Dia Frampton replied my tweet! OMG! I am so happy! A few minutes before, I tweeted her..

 I love your 2NE1's "Lonely" English cover! You guys are amazing! Can't get enough! #MalaysiaLovesYou "

..and shortly after that she replied me this..

 thanks darling "    

I was so happy! She made my day! Thank you so much, Dia Frampton! I love you! :D



Monday, August 27, 2012

SHILA AMZAH KEMBALI KE TWITTER!

Alhamdulillah! Shila Amzah sudah pun kembali ke Twitter pada 25 Ogos 2012! Satu berita yang amat menggembirakan buat Shilalas macam saya ni! Mana kan tidak, selepas sahaja kak Sha(nama panggilan Shila) menyahaktifkan akaun Twitter rasminya, semua Shilalas terus jadi sedih. Yelah, kak Sha dan Twitter memang sudah sinonim. Tak dapat dipisahkan! Ha, sekarang kak Sha is back in business! Harap-harap lepas ni, timeline Shilalas akan kembali dibanjiri oleh tweet-tweet kak Sha! XD

Thursday, August 23, 2012

Kak Sha Will Be Back On Twitter, InsyaAllah!

“Tidak perlu risau pasal saya. Insyallah, saya akan aktifkan semula akaun Twitter,” kata Shila. Itulah antara penjelasan penyanyi, Shila Amzah mengenai isu penyahaktifan akaun Twitter rasminya ketika dihubungi mynewshub.my pada hari ini. Tidak dinafikan, kata-kata Shila itu, sedikit sebanyak dapat mengubati hati peminat-peminatnya yang lebih dikenali sebagai Shilalas. Ini kerana, selepas sahaja Shila menyahaktifkan akaun Twitter nya, peminat-peminatnya amat berharap yang Shila akan kembali ke laman Twitter semula. Shila juga ada menyatakan yang beliau ingin berehat sebentar dan menumpukun perhatian dalam berkarya. Walau apa pun keputusan yang diambil oleh Shila, pasti ada hikmah dan kebaikannya. Kita hanya perlu berdoa dan berharap yang Shila akan kembali aktif di laman Twitter tidak lama lagi. #ComeBackShilaAmzah

Isu Penutupan Akaun Twitter: Shila Beri Penjelasan Ringkas.

"..Sha mintak maaf sebab deactivated my twitter account.. Nak berehat sebentar..:)" Itulah sebahagian isi status Facebook Shila Amzah yang baru di-updatenya. Status Facebook yang bertarikh 23hb Ogos 2012 itu merupakan update Shila yang pertama di mana-mana laman sosial sejak 19hb Ogos yang lalu. Shila menerangkan bahawa beliau ingin berehat sebentar. Shila juga turut menyelitkan ucapan maaf dalam status Facebook nya itu. Sedikit sebanyak, teka-teki tentang mengapakah Shila menutup akaun Twitter rasminya kelmarin dapatlah dirungkai. Peminat Shila yang lebih dikenali sebagai Shilalas juga pasti turut berasa lega dengan penjelasan yang telah diberikan oleh Shila. Kesimpulannya, kita bersama-samalah berdoa agar Shila kembali aktif di Twitter. #ComeBackShilaAmzah
Semoga Shila Amzah Kembali Aktif Di Twitter.

SAH! Shila Amzah Sudah Pun Menutup Akaun Twitter.

SAH! Shila Amzah sudah pun memadamkan akaun Twitter rasmi beliau, @Shilaamzah. Menurut adiknya Syada Amzah, Shila Amzah telah pun memadamkan akaun Twitter rasminya. Sekiranya ada sebarang pesanan yang hendak ditujukan kepada Shila Amzah, Shilalas bolehlah titipkan pesanan tersebut kepada Syada Amzah. Sedih betul hati ni. Twitter sudah tidak akan menjadi seceria dulu. Timeline pun sudah tidak akan dibanjiri oleh 'tweet-tweet' kak Sha. :(( #ComeBackShilaAmzah

Wednesday, August 22, 2012

Shila Amzah Memadamkan Akaun Twitter?

Rabu, 22 Ogos 2012. TERKINI! Penyanyi terkenal, Nur Shahila Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah baru sahaja memadamkan akaun Twitter rasmi beliau pada hari ini! Beliau telah menulis 'tweet' terakhir beliau pada 19hb Ogos 2012 menerusi akaun Twitter beliau, @Shilaamzah. Sebelum ini, beliau tidak pernah menunjukkan sebarang tanda yang beliau akan memadamkan akaun Twitter rasmi beliau. Bah kan, beliau amat aktif membalas 'tweet-tweet' peminatnya yang lebih dikenali sebagai Shilalas dan juga beliau sering mengemaskinikan status beliau di akaun Twitter. Berkenaan dengan akaun Twitter beliau, Shila Amzah telah pun mempunyai sebanyak 300,000+ pengikut! Kesimpulannya, ini sememangnya merupakan satu berita yang amat menyedihkan buat para Shilalas tidak kira yang berada di Malaysia, Singapura, Brunei mahupun Indonesia. Saya juga sangat berharap yang beliau akan kembali aktif di Twitter! #ComeBackShilaAmzah