Ya, penyanyi, Nur Shahila Amir Amzah, 22 atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah, telah tercalon untuk kategori 'World's Best Female Artist' di World Music Awards 2012.
Berita gembira ini telah diumumkan buat pertama kalinya oleh adik Shila sendiri, iaitu Syada Amzah menerusi tweet-nya yang bertarikh 7 Disember 2012.
Ramai yang gembira setelah mendengar berita tersebut. Namun, ada segelintir yang ingin mendengar khabar ini dari kenyataan Shila sendiri. Oleh itu, tidak lama selepas tweet Syada ditulis, Shila sendiri telah mengumumkan sendiri berita baik ini menerusi akaun Facebook dan Twitter-nya.
Shila yang sekarang sedang berada in Indonesia pastinya berasa amat gembira dan bersyukur setelah mendapat tahu tentang pencalonannya di WMA 2012. Perasaan gembira pastinya turut dirasai oleh peminat-peminat tegar Shila yang diberi gelaran Shilalas. Yang paling membanggakan, artis-artis yang turut tercalon untuk kategori 'World's Best Female Artist' bukannya calang-calang. Terdapat 41 artis yang tercalon dalam kategori tersebut. Antaranya adalah Beyoncé, Taylor Swift, Rihanna, Shakira, Adele, Christina Aguilera dan Carrie Underwood. Sudah pasti, ini merupakan sebuah pencapaian yang patut dibanggai oleh rakyat Malaysia khususnya.
Selain dari WMA 2012, Shila turut mendapat pencalonan di Anugerah Planet Muzik yang bakal diadakan pada 15 Disember ini di Kota Singa, Singapura. Pada 6 Januari pula, Shila bakal berentap di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-27 menerusi lagu 'Patah Seribu'.
Wah, semakin hari, semakin murah rezeki anak muda ini. Alhamdulillah.
World Music Awards bakal diadakan di Marlins Park, Miami FL pada 20 Disember 2012. Tiket boleh dibeli di tickets.com. Dan jangan lupa untuk mengundi Shila untuk kategori 'World's Best Female Artist'. Undian boleh dibuat secara online di worldmusicawards.com.
No comments:
Post a Comment