Saturday, October 20, 2012

Shout! Awards 2012: Shila Amzah Tercalon Dalam DUA Kategori.


Selepas dua kali penganjurannya, Anugerah Shout! atau lebih dikenali sebagai Shout! Awards sekali lagi bakal dianjurkan pada tahun ini. Seperti edisi-edisi yang terdahulu, Shout! Awards telah menyaksikan pencalonan dari EMPAT kategori utama yang terdiri dari kategori muzik, TV & filem, radio dan works. Namun, buat pertama kalinya, untuk edisi 2012, kategori social media diperkenalkan.

Berbalik kepada topik, penyanyi Shila Amzah, 22, telah dicalonkan buat pertama kalinya untuk anugerah ini. Bak kata pepatah, "Tuah ayam, nampak dikaki. Tuah manusia, siapa yang tahu." Shila yang baru-baru ini telah menjuarai pertandingan Asian Wave di Shanghai telah dicalonkan dalam dua kategori. Kategori-kategori tersebut ialah;


1. POWER VOCAL AWARD (MUSIC CATEGORY)



2. MUSIC VIDEO AWARD (MUSIC CATEGORY)



Undian secara online bakal dibuka pada 22 Oktober 2012. Pemenang bagi kesemua ketegori bakal ditentukan oleh umum (undian). Tetapi, untuk kategori 'The Ultimate Shout! Award', pemenang bakal diadili sepenuhnya oleh juri profesional. Malam anugerah bakal diadakan pada 23 NOVEMBER, 2012, pukul 8.30 malam di Surf Beach @ Sunway Lagoon. Shout! Awards juga boleh ditonton secara langsung menerusi saluran rasmi, 8TV.

Jadi, kepada semua Shilalas di luar sana, catitkan tarikh 22 Oktober pada kalendar anda supaya anda tidak ketinggalan hari pembukaan talian undian. Jangan lupa untuk mengundi Shila Amzah! Xoxo #SHILALAS


*Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Shout! Awards.


*

No comments:

Post a Comment