Seperti pada tahun lepas, tahun 2013 turut menyaksikan pelbagai peristiwa pahit dan manis yang dilalui oleh penyanyi yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke-23 pada 13 Ogos ini, tidak lain tidak bukan, Shila Amzah.
Majalah EH!
Permulaan tahun baru dimulakan dengan penuh warna-warni. Pada bulan Januari yang lepas, Majalah Urban Nombor 1, EH!, telah memilih Shila Amzah sebagai penghias muka depan majalah tersebut untuk isu Januari 2013.
"Usah pertikaikan rezeki saya" - Shila
Anugerah Juara Lagu ke-27
Bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil, telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-27 pada 6 Januari 2013. Dikemudikan oleh penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail dan pengacara, Cheryl Samad, malam AJL ke-27 telah menyaksikan persembahan hebat daripada 12 finalis termasuklah Shila Amzah. Dengan mempertaruhkan lagu "Patah Seribu" yang merupakan hasil ciptaan penuhnya sendiri, Shila telah mempersembahkannya dengan sehabis baik.
Satu persembahan yang beremosi.
Namun rezeki tidak menyebelahi Shila. AJL ke-27 telah dimenangi oleh Aizat menerusi lagu "Terukir Di Bintang" yang juga merupakan hasil ciptaan penuh penyanyi asal, Yuna. Walaupun Shila tidak berjaya membawa pulang apa-apa, hal ini sesungguhnya tidak mematahkan semangat Shila untuk terus melakukan yang terbaik. Rezeki ada dimana-mana.
World Music Awards
Seperti sedia maklum, pada haun lepas, Shila Amzah ada dicalonkan untuk kategori 'World's Best Female Artist' dan 'World's Best Entertainer of the Year' di World Music Awards 2012 (WMA 2012).
Telah dijadualkan untuk berlangsung pada 20 Disember 2012 di Miami, Amerika Syarikat, WMA 2012 terpaksa ditunda tarikhnya ke musim bunga 2013 atas sebab-sebab logistik dan imigresen.
Kids' Choice Awards
Tahun 2013 diteruskan lagi dengan hadirnya sebuah berita baik buat Shila Amzah dan peminat-peminat tegarnya, khususnya. Shila Amzah telah dicalonkan bagi kategori 'Favourite Asian Act' di Nickelodeon Kids' Choice Awards 2013! Calon-calon lain adalah Han Geng (China), PSY (Korea Selatan), dan Sarah Geronimo (Filipina).
KCA 2013 yang telah dilangsungkan di Los Angeles pada 23 Mac 2013 yang lalu, meyaksikan kemenangan bukan berpihak kepada Malaysia, umumnya. Kategori 'Favourite Asian Act' sebaliknya telah dimenangi oleh penyanyi dari negara China, Han Geng. Pada pendapat saya, Shila mendapat pencalonan dalam KCA 2013 pun sudah cukup membanggakan!
Kisah Lari Rumah
Pada awal bulan Februari 2013 yang lepas, dunia hiburan telah dikejutkan dengan berita kehilangan Shila Amzah. Shila lari rumah! Selepas hampir seminggu anak sulungnya menghilankan diri, bapa Shila iaitu ND Lala, mengambil keputusan untuk membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang. Laporan itu juga dibuat selepas gerakan mencari Shila menemui jalan buntu.
Difahamkan, Shila mula menghubungi bapanya selepas berita kehilangannya disiarkan di media. Shila yang hilang sejak tujuh hari telah ditemui di Kemaman, Terengganu.
Ada yang berpendapat, Shila telah melarikan diri dari rumah disebabkan terlalu sedih dan tertekan dengan isu perhubungannya dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad yang pada ketika itu sedang dilanda dugaan.
Ombak Rindu
Pada tarikh 8 Februari 2013, sebuah akaun di laman YouTube telah memuat naik sebuah video yang bertajuk "Shila Amzah - Pesanan Pada Semua & Ombak Rindu". Video yang berdurasi empat minit 14 saat itu menunjukkan Shila yang sedang mengenakan pakaian serba putih sambil ditemani dengan sebuah gitar akustik, memberi sedikit pesanan sambil menangis teresak-esak dan kemudiannya mendendangkan lagu "Ombak Rindu". Video tersebut seterusnya menjadi viral di laman YouTube.
"Ombak Rindu.."
Kembali Teguh
Pada 16 Februari 2013, Shila Amzah telah memuat naik dua video baru di laman YouTube rasminya. Dua video baru tersebut sebenarnya merupakan dua lagu baru ciptaan penuhnya sendiri. Boleh dikatakan, Shila telah men'debut'kan dua lagu barunya itu di laman YouTube. Video lagu yang pertama ialah "Masih Aku Cinta" dan seterusnya ialah "Cinta Hati". Kedua-dua video tersebut kini sudahpun mencapai lebih 200,000 jumlah tontonan di YouTube!
"Masih Aku Cinta"
"Cinta Hati"
Ada khabar angin mengatakan, lagu "Masih Aku Cinta" dan "Cinta Hati" bakal dimuatkan ke dalam album baharu Shila.
Bella Awards
Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia, pada 2 Mac 2013, telah berlangsungnya Bella Awards 2013. Julung kali diadakan, Bella Awards merupakan sebuah anugerah yang meraikan dan mengiktiraf golongan wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing.
Untuk Bella Awards edisi yang pertama, Shila Amzah telah tercalon untuk satu kategori iaitu menerusi kategori 'Bella-On-Stage Award'. Namun, Dato' Siti Nurhaliza telah memenangi kategori tersebut. Pada malam anugerah, Shila tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
Menetap Di China
Shila Amzah yang telah menandatangani kontrak bersama Shanghai Media & Entertainment Group (SMEG) bakal menetap selama bukan satu, tapi enam bulan di Negara Tembok Besar, China bersama ibu tercinta, Fauziah Sarman.
Dari kiri: Fauziah Sarman (ibu), Shila dan ND Lala (ayah)
Peluang menetap di China untuk satu tempoh yang agak lama, dimanfaatkan sepenuhnya oleh Shila dalam misinya memantapkan lagi penguasaan bahasa Mandarin. Selain itu, proses rakaman album baharu berbahasa Mandarin juga dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan menyenangkan sekiranya Shila menetap buat sementara waktu di China. Album baharu berbahasa Mandarin tersebut akan di muatkan dengan lagu "Patah Seribu", versi bahasa Mandarin iaitu "Xia Yi Bu".
Di Kota Mekah
Pada 12 Mac 2013, Shila Amzah bersama dengan ahli keluarganya, ND Lala (ayah), Fauziah Sarman (ibu), Syafiq Amzah (adik), Syahir Amzah (adik), dan Syada Amzah (adik) telah berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah selama dua minggu.
Menurut Shila, beliau mahu mencari ketenangan dan mahu beribadat di sana (Mekah) sebelum memulakan perjalanan karier di China yang memerlukannya berada di China dalam tempoh masa yang agak lama.
Shila bersama ayah, ibu dan adik.
Shila bersama adik bongsu, Syada Amzah.
Shila bersama adik, Syahir Amzah.
Sebenarnya, Shila sudah menyimpan hasrat untuk pergi mengerjakan umrah sejak tahun lalu lagi, cuma baru tahun ini dapat dilunaskan hajatnya itu.
Syarikat Sendiri
Pada 12 Mac 2013, akhbar Harian Metro telah melaporkan bahawa Shila Amzah telah menubuhkan sebuah syarikat baharu atas nama, Shila Amzah Entertainment Bhd.
Persembahan Di New York
Pada penghujung bulan Mac 2013, setelah pulang dari mengerjakan umrah di tanah suci Mekah, Shila Amzah bersama finalis Asian Wave 2012 telah diberi peluang untuk membuat persembahan di Amerika Syarikat.
Shila bersama dengan dengan finalis Asian Wave 2012 telah membuat persembahan di tiga lokasi, antaranya di Lincoln Cnter, New York.
Bersama Jalur Gemilang di kota New York..
Sempat bergambar..
Duet Bersama Julio Iglesias
Selain daripada persembahannya bersama dengan finalis Asian Wave 2012 di tiga lokasi berbeza di Amerika Syarikat, Shila Amzah juga telah di undang untuk tampil solo dan berduet dalam konsert jelajah penyanyi Latin, Julio Iglesias, "1 Tour in China".
Konsert jelajah yang telah dilangsungkan di Shanghai, Shenzen dan Beijing itu telah menyaksikan gabungan persembahan antara Iglesias dan Shila menerusi lagu "All For You" dan "When You Tell Me That You Love Me".
Bergandingan bersama..
Sedikit fakta tentang Julio Iglesias. Julio Iglesias sebenarnya merupakan ayah kepada penyanyi Latin antarabangsa, Enrique Iglesias.
Majalah Nona & Jelita
Untuk bulan April, Shila Amzah telah diberi peluang untuk mewarnai bukan satu, tetapi dua muka hadapan majalah.
1. Majalah Nona (Edisi Perkahwinan)
"Shila Amzah: Suci Di Hari Pernikahan"
2. Majalah Jelita
"Shila Amzah: Antara Realiti Dan Fantasi"
ABPBH 2012
Pada 7 April 2013 yang lepas, bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil, telah berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012.
Bertemakan "Ledakan Geometri", ABPBH kali ini menyaksikan Shila Amzah memperoleh lima pencalonan di mana satu pencalonan adalah pencalonan utama/umum, manakala yang selebihnya adalah pencalonan kategori online.
Shila telah tercalon dalam ketegori:
1. Penyanyi Wanita Popular (Utama)
2. Artis Wanita Stailo (Online)
3. Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial (Sosial)
4. Artis Asia Paling Popular (Online)
5. Gandingan Di Layar Serasi (Online)
Antara lima pencalonan, Shila telah berjaya membawa pulang sebuah trofi bagi kategori 'Penyanyi Wanita Popular'. Shila telah berjaya menewaskan calon-calon lain seperti Jaclyn Victor, Najwa Latif, Stacy dan Yuna bagi kategori tersebut.
Namun, Shila tidak dapat menghadirkan diri ke malam anugerah kerana beliau masih berada di luar negara pada ketika itu. Disebabkan itulah, adik Shila, Syada Amzah dan juga pengurus, kak Yai telah menjadi wakil pada malam tersebut.
Wakil bagi pihak Shila.
Pulang Ke Malaysia - Album Baharu
Pada akhir bulan April, Shila Amzah telah pulang kembali ke Malaysia. Bukannya lama, hanya dua minggu sahaja tempoh yang diberikan oleh pihak pengurusan Shila di Shanghai. Agenda utama Shila pulang ke tanah air adalah untuk menyiapkan proses rakaman album barunya di sini.
Ketika baru tiba di tanah air.
Menurut pihak realSHILALAS dan juga ibu kepada Shila, Fauziah Sarman, album baru Shila bakal dikeluarkan tidak lama lagi! Menurut artikel "Tinta Shila" yang bertarikh 1 Mei 2013 pula, album baru Shila yang dikatakan mengandungi enam buah lagu itu bakal dilancarkan pada awal bulan Jun 2013.
Tanggungjawab Kepada Negara
Sebagai duta 1Malaysia For Youth (1M4U), sudah pastinya Shila Amzah mahu membuang undi, kan? Bakal mengundi buat kali pertama, Shila mengatakan yang beliau teringin untuk mengundi. Shila sudah mendaftar sebagai pemilih sejak tahun lepas lagi, di pejabat pos. Kebetulan Shila sedang berada di tanah air, bolehlah beliau keluar mengundi. Shila dilaporkan bakal mengundi di Cheras.
Kembali Ke Shanghai
Shila Amzah bersama ibu dan bapanya bakal bertolak kembali ke Shanghai pada 8 Mei 2013. Menurut Shila, ketika beliau berada di Shanghai, beliau lebih menjaga cara pemakanan berbanding ketika berada di Malaysia. Shila juga menjalankan ruti senaman setiap hari.
Selamat tinggal, kak Sha!
Itu sahaja yang dapat saya 'huraikan' buat kali ini. Semoga kak Sha terus sukses! Shilalas akan terus menyokong kak Sha no matter what! Kami kan Shilalas TEGAR! Xo
Gambar:
onenewshub.blogspot.com, facebook.com/EHMalaysia, di-sini-bermula.blogspot.com, busuk.org, spinorbinmusic.com, lipstiq.com, malaysiandigest.com, facebook.com/shilaamzah, amad-jalanan.blogspot.com, remyothmanphotography.blogspot.com, facebook.com/majalahjelita.my, bloginfo4all.blogspot.com, abpbh.com.my, facebook.com/groups/167518503340535/?fref=ts, beautifulnara.com
No comments:
Post a Comment